16 May 2012

Selamat Hari Guru



Sempena Hari Guru 2012 yang disambut pada hari ini, pihak admin blog SMK Alang Iskandar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khasnya guru-guru SMK Alang Iskandar dan amnya semua guru di Malaysia.

Semoga semua guru akan bertambah semangat dalam usaha mendidik para pelajar untuk menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat.

#Gambar sekitar sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 akan dimuatnaik kemudian. Belum sempat diproses :) .

10 May 2012

Ceramah Teknik Menjawab

Pada hari ini akan diadakan Ceramah Teknik Menjawab bagi matapelajaran Matematik SPM dan Bahasa Inggeris SPM untuk pelajar SMK Alang Iskandar.

Ceramah Bahasa Inggeris akan disampaikan oleh En.Mohd Sani Bin Abdullah dari SMK Bagan Serai. Ceramah bermula pada jam 8.00 pagi.di Dewan Sri Iskandar

Ceramah Matematik akan disampaikan oleh Pn. Noraziah Bt Abu Mansor dari SMK Sri Kurau. Ceramah bermula pada jam 11.30 pagi.di Dewan Sri Iskandar



08 May 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Dan Minggu Orientasi

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PERTESAS akan melaksanakan Program Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2012 dari 8 Mei - 18 Mei 2012. Pelajar Tingkatan 6  Rendah Sesi 2012 akan mendaftar pada hari ini mulai jam 7.30 pagi di Dewan KPPU.






07 May 2012

Ceramah Teknik Menjawab

Pada hari ini telah berlangsung 2 ceramah teknik menjawab iaitu:

1. Ceramah Teknik Menjawab Sejarah SPM
    - disampaikan oleh En. Sukardi Bin Shatry dan Cik Norliza Darus. En Sukardi    
       memberikan ceramah kepada kumpulan 2 manakala Cik Norliza Darus memberikan ceramah kepada 
       kumpulan 1. Majlis bermula pukul 9.00 - 10.30 pagi

2. Ceramah Biologi SPM
   -disampaikan oleh Pn Misalmi Bt Ramli dari SMK Bagan Serai dari pukul 2.00-3.30 petang.

#Gambar akan menyusul kemudian. TQ.

03 May 2012

Aktiviti Januari - Mei 2012

Berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung dari Januari hingga Mei 2012.


27 Mac 2012
Pertandingan Bola Jaring Daerah yang diadakan di padang SMK Alang Iskandar. SMK Alang  
Iskandar menjadi tuan rumah pertandingan ini.





7 April 2012
1. Hari Anugerah Kecemerlangan. Telah diadakan di Dewan Sri Iskandar.
          Majlis bermula jam 8.30 pagi. Dirasmikan oleh Timbalan PPD Kerian.
      2. Perasmian Surau SMK Alang Iskandar. Surau ini telah dinamakan Surau Al-Khair.
          Perasmian surau telah disempurnakan oleh YB Kapten (B) Hj Najmuddin Bin Hj Elias Hafiz. 









10-12 April 2012
Pesta Pantun Peringkat Daerah 2012. Telah diadakan di Dewan Sri Iskandar.
SMK Alang Iskandar telah menjadi johan pertandingan.




18 April 2012
Hari Kokurikulum 2012








Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012

Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2012 di Dewan Jubli Perak,Kuala Kangsar, Perak. Untuk maklumat lanjut sila klik poster di bawah.


02 May 2012

Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kerian 2012

Pertandingan Silat Peringkat Daerah Kerian 2012 sedang berlangsung di SM Vokasional Kerian. SMK Alang Iskandar telah menjadi tuan rumah kepada pertandingan kali ini.

     Tarikh : 2 - 3 Mei 2012
     Masa  : 8.00 pagi - 5.30 petang
     Tempat : Dewan SM Vokasional Kerian

Aturcara :
     8.00 - 8.30 pagi     : Pendaftaran peserta
     8.45 - 9.30 pagi     : Taklimat untuk peserta / Bacaan Doa / Persembahan pembuka gelanggang
     9.30 - 5.30 petang : Kejohanan Pencak Silat Bermula


# Gambar akan dimuatnaik sebaik sahaja diterima. TQ.