SEJARAH


SMK Alang Iskandar telah didirikan pada tahun 1969 di Jalan Kuala Kurau Bagan Serai Perak. Sekolah ini kemudiannya dirasmikan pada tahun 1979 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Al-Mutawakkil-allahu Shah. Nama sekolah diambil sempena nama ayahanda baginda yang telah memerintah negeri Perak.

Pada peringkat awal penubuhan sekolah yang telah menelan belanja sebanyak RM 286, 745.00 ini hanya terdapat 644 orang pelajar dan 25 orang guru yang bernaung di bawah pemangku Pengetua En. Ahmad Suffian B. Arsyad. Pada 12 Oktober 1973, En. Ali B. Jamil telah dilantik sebagai pengetua dan sepanjang pentadbiran beliau, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. En. Hussin b. Kamdi telah mengambil alih jawatan sebagai pengetua pada November 1979. Beliau banyak membawa perubahan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun yang sama aliran sains juga telah dimulakan di sekolah ini.

Pengetua silih berganti, Tn. Hj Mohd Sabri B. Ngah Habsyah telah memulakan tugas sebagai pengetua pada 1 Jan 1980. Kelas tingkatan enam telah dibuka pada 1982 untuk menempatkan pelajar Bagan Serai yang terpaksa ke Parit Buntar untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh En. Qainal Badi B. Ahmad Rafie yang bertugas sehingga 1989.

En. Abas B. Ahmad bertugas pada tahun 1990 telah mempelopori Program Keceriaan SMKAI sehingga berjaya menjulang nama SMKAI sebagai johan peringkat daerah dan naib johan pada peringkat zon utara Perak pertandingan keceriaan sekolah.

Sesuai dengan peredaran masa SMKAI terus mencatat sejarah apabila mendapat seorang pengetua wanita pertama iaitu Pn. Hjah Salmah Bt. Dato’ Hj Abdul Rahim program keceriaan diteruskan sehingga kemuculan SMKAI berjaya merangkul gelaran Naib Johan negeri Perak dalam pertandingan keceriaan, kebersihan, keselamatan pada tahun 1995. SMKAI terus mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah terbaik dalam peperiksaan STPM Daerah Kerian dan tempat kedua di Negeri Perak dengan pencapaian 100 peratus lulus pada tahun 1994.

Pn. Fudziah Bt. Talib mengambil alih jawatan pengetua pada tahun 1999. Sehingga Jun 2008 SMKAI diterajui oleh Dr. Hj Abdullah Khir B. Hj. Sulaiman. Pengetua seterusnya ialah Pn. Hjh Zariah Bt. Hj Johari yang mengambil alih tugas pengetua pada 18 Jun 2008. Setelah setahun enam bulan menerajui SMKAI, Pn. Hjh Zariah telah ditukarkan ke sekolah SMK. Muzaffar Shah.


Kemudian,Tn Hj Zulkipli Bin Abdul Rahman mengambil alih jawatan pengetua hingga sekarang. 

Setakat ini SMKAI akan terus mencapai pembaharuannya iaitu memberi peluang pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat dan membentuk rakyat yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, berperibadi tinggi dan berakhlak mulia.